Kegunaan Riwayat keluarga

Walaupun kadangkala diabaikan,[13] ramai profesional penjagaan kesihatan mengumpul maklumat tentang morbiditi keluarga penyakit tertentu (contoh seperti penyakit kardiovaskular, gangguan autoimun, gangguan mental, diabetes, kanser) untuk menilai sama ada seseorang itu berisiko mengalami masalah yang sama.

Sejarah keluarga mungkin tidak tepat kerana pelbagai sebab yang mungkin berlaku:

  • Status anak angkat, anak asuh, anak tidak sah taraf, dan anak zina
  • Kurang hubungan antara saudara terdekat
  • Ketidakpastian tentang diagnosis tepat saudara terdekat
  • Dalam situasi yang kompleks, salasilah keluarga atau genogram boleh digunakan untuk menyusun hasil maklumat.

Sesetengah keadaan perubatan hanya dibawa oleh susur galur dari sebelah wanita seperti penyakit berkaitan kromosom X dan beberapa jenis penyakit mitokondrion. Pengesanan leluhur sebelah wanita boleh menjadi sukar di kalangan masyarakat yang menukar nama keluarga wanita apabila dia sudah berkahwin. Rekod kematian selalunya memberikan nama pertama si mati, dan mungkin juga nama perempuan ibu si mati. Beberapa rekod yang paling berguna untuk mengesan wanita ialah rekod wasiat dan probet.

Sesetengah keadaan perubatan lain hanya dibawa oleh susur galur dari sebelah lelaki, walaupun penyakit berkaitan kromosom Y ini jarang berlaku kerana saiz kromosom Y yang kecil. Pengesanan nenek moyang lelaki mungkin mustahil jika anak itu hasil rogol atau zina di luar perkahwinan.

Perolehan usia sewaktu ahli keluarga didiagnosis dengan penyakit tertentu juga boleh membantu untuk tujuan pemeriksaan, seperti kanser kolon dan kanser payudara.

Rujukan

WikiPedia: Riwayat keluarga https://www.cdc.gov/genomics/famhistory/famhist_ba... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC62818... https://doi.org/10.1038%2Fs41436-018-0049-x https://www.worldcat.org/issn/1530-0366 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29875427 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC76483... https://doi.org/10.1186%2Fs12913-020-05868-1 https://www.worldcat.org/issn/1472-6963 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33160339 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC21168...